Thursday, March 9, 2017

FESTIVAL SETIU WETLANDS

10 – 12 March 2017 

Kg Gong Batu, Setiu 

A community festival that portrays the uniqueness of culture, heritage and nature in the district of Setiu. Among others are the floating market, Setiu Wetlands Cruise, Boardwalk Setiu, products and food available from the wetlands. 

 Festival komuniti yang menonjolkan keunikan budaya, warisan dan khazanah alam di daerah Setiu. Antara tarikan ialah seperti Pasar Terapung, Setiu Wetlands Cruise, Boardwalk Setiu, produk dan makanan yang diperolehi daripada kawasan tanah bencah.

Wednesday, March 1, 2017

BEAUTIFUL TERENGGANU BEACH FESTIVAL

MARCH 2017 

LOKASI: PANTAI BATU BUROK, KUALA TERENGGANU 

Focus on the integrated elements of culture, arts and heritage to relive the past glory of Terengganu Beach Festival (Pesta Main Pantai) as an effort to sustain and preserve the tradition, arts, culture and heritage activities as a component of tourism attractions in Terengganu. 

Menghidupkan kembali kemeriahan ‘Pesta Pantai’ yang terkenal suatu masa dahulu dalam memulihara dan mewujudkan minat kepada generasi baru mengenali dengan lebih dekat seni, budaya dan warisan masyarakat negeri.


Thursday, February 16, 2017

FESTIVAL SENI BUDAYA, MAKANAN & HOMESTAY TERENGGANU

17 - 18 FEBRUARY 2017 An effort to sustain and preserve the tradition, arts, culture and heritage activities in the district of Besut as a tourist attraction component in Terengganu. Memperkenalkan keunikan aktiviti seni, budaya dan warisan masyarakat di daerah Besut sebagai sebahagian daripada komponen tarikan pelancongan.

Wednesday, February 1, 2017

LE TOUR DE LANGKAWI

February – March 2017 

A world class cycling event participated by professional riders competing across tourist destinations in Terengganu. 

Acara sukan berbasikal bertaraf dunia disertai oleh penunggang profesional melalui destinasi-destinasi pelancongan di Terengganu.

FESTIVAL KEINDAHAN KEMAMAN

FEBRUARY 2017 

LOKASI: CHUKAI, KEMAMAN 

Portraying the colourful and vibrant culture and traditions in the district of Kemaman. 

Menonjolkan kekayaan seni, budaya dan warisan yang terdapat di daerah Kemaman.


FESTIVAL BUDAYA, MAKANAN & HOMESTAY TERENGGANU

FEBRUARY 2017 LOKASI: Homestay Teluk Ketapang, Kuala Terengganu Enjoy a fascinating spectrum of cultures and traditions in a Malay village. Menonjolkan keunikan budaya dan makanan tradisional masyarakat kampung di Negeri Terengganu.

Tuesday, January 31, 2017

Rumah Warisan Haji Su Produk Pelancongan Terbaru



Rumah Warisan Haji Su yang terletak di Kampung Losong, Kuala Terengganu dijadikan sebagai produk pelancongan terbaru di Terengganu bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Visit Beautiful Terengganu 2017. 

 Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata rumah warisan tersebut telah mula dibuka kepada pengunjung pada setiap hari secara percuma. Katanya, pelbagai perancangan telah dirangka melalui Muzium Negeri dan Pelancongan Negeri Terengganu bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke rumah warisan tersebut. 

 "Kita bercadang untuk memperkenalkan pelbagai pakej di sini. Berkemungkinan ada pakej yang menawarkan untuk pengunjung bermalam di rumah ini. 

 "Kami ingin memastikan bahawa di sini, kita dapat memperkasakan lagi tentang budaya dan kesenian negeri Terengganu termasuk dari segi pembuatan batik, songket, tembaga, seni ukiran kayu dan sebagainya," katanya. 


Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya ke Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah. Sementara itu, Ahmad Razif berkata RM3.7 juta telah diperuntukkan bagi membaik pulih rumah tersebut. 

Katanya, untuk memulihara rumah tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana ingin mengekalkan ciri-ciri asalnya. Tambahnya, kawasan yang bakal dijadikan sebagai tempat tumpuan tersebut turut akan memberikan peluang kepada usahawan-usahawan terutamanya yang terlibat dalam bidang warisan. 

 "Peluang akan diberikan kepada usahawan dalam bidang warisan kita iaitu songket, batik, ukiran dan sebagainya. "Selain itu, kita akan lakukan pameran, program dan mungkin selepas ini akan disertakan sekali dengan persembahan pentas kebudayaan dan sebagainya," katanya

Masjid Tengku Tengah Zaharah

  Masjid Tengku Tengah Zaharah atau yang lebih biasa disebut Masjid Terapung adalah reka bentuk unik yang dibina di atas platform terapung, ...