Wednesday, June 30, 2010

KIRIMKAN ALAMAT URL ANDA

Pendaftaran telah ditutup dengan rasminya pada jam 12.00 Malam (30/06/2010). Kini peserta dikehendaki mengirimkan alamat URL blog mereka (syarat wajib) untuk dipautkan dengan blog Urus Setia sehingga 7/7/2010. Peserta yang tidak menghantar alamat URL selepas tempoh tersebut akan digugurkan dari senarai Berminat Menyertai.

Peserta yang masih belum mempunyai link pada senarai Berminat Menyertai diwajibkan menghantar URL mereka.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

TARIKH AKHIR UNTUK MENGHANTAR PENYERTAAN IALAH PADA JAM 12.00 MALAM 30 JUN 2010.

PENDAFTARAN BOLEH DIBUAT SECARA ONLINE DI BORANG PADA BLOG UTAMA, ATAU MENGHANTAR E-MAIL PERMOHONAN KEPADA URUS SETIA MELALUI E-MAIL : trgtourism@yahoo.com

atau MENGHANTAR SMS PERMOHONAN MELALUI TALIAN : 019-9897679, 019-3728521,019-6065740 ATAU 019-9867679.

SMSKAN : NAMA, ALAMAT E-MAIL DAN NO. KAD PENGENALAN

PENDAFTARAN ONLINE, PENGHANTARAN E-MAIL ATAU SMS SEBELUM JAM 12.00 MALAM 30 JUN 2010 SAHAJA DITERIMA.


Monday, June 7, 2010

Cipta Blog Tonjol Keistimewaan Negeri - MB

Oleh: Esah Abdullah, Muhaini, Nurul Faizah

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said menaruh keyakinan, Pertandingan Mencipta Blog Pelancongan Terengganu anjuran Unit Komunikasi Negeri (Ukom) menjadi platform terbaik kepada rakyat tempatan membuat promosi tempat menarik negeri ini untuk diketengahkan kepada umum.

“Saya harap mereka dapat salurkan dan tunjukkan kreativi masing-masing untuk menonjolkan keistimewaan negeri kita kepada dunia luar,” katanya di majlis Penerangan Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu kepada lebih 400 pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu hari ini (7 Jun).

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri;Haji Khazan Che Mat, Setiausaha Kerajaan, Dato’ Mazlan Ngah dan Yang Dipertua Seketariat, Pesatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata), Nurul Maziah Ahmad Rafie.

Katanya, banyak produk pelancongan yang bolek dikemukakan dalam pelbagai bentuk dan kreativiti untuk memastikan blog atau website mendapat perhatian khalayak disamping merebut hadiah yang ditawarkan.

Katanya, selain untuk tatapan rakyat dalam Negara, blog yang dicipta ini turut di akses ke peringkat antarabangsa dan berharap setiap peserta sentiasa mengaktifkan blog masing-masing dari semasa ke semasa.

Beliau menambah, pembangunan sektor pelancongan mampu melestarikan pendapatan negeri untuk masa depan dan berhasrat untuk menjadikan negeri ini sebagai tulang belakang pelancongan melalui produk-produk berharga yang dimiliki seperti pantai dan pulau-pulau yang tercantik di dunia.

“Matlamat untuk menarik sebanyak empat juta pelancong luar ke negeri Terengganu akan menjadi kesampaian sekiranya bandaraya pesisir air ini digunakan sepenuhnya untuk menjana keewangan melalui pelancongan.

Pertadingan blog pelancongan yang bermula 1 April hingga 30 Jun, terbahagi kepada tiga kategori, pelajar tingkatan enam ke bawah (tempat pertama RM5,000), Pelajar IPT (RM7,000) dan Kategori Terbuka (RM10,000).

Sementara itu, YB Khazan berharap, pelajar IPT akan menyertai pertandingan mencipta blog pelancongan, sebagai mencapai matlamat pertandingan yang julung-julung kali diadakan.

“Penyertaan pelajar IPT dilihat sebagai satu langkah bijak untuk menggalakkan mereka mengenali Terengganu dengan lebih dekat, dan sekaligus mempromosikan negeri Terengganu melalui penghasilan blog pelancongan yang kreatif,” katanya.


Sunday, June 6, 2010

Majlis Perjumpaan dan Penerangan

MAJLIS PERJUMPAAN YAB MENTERI BESAR TERENGGANU BERSAMA PELAJAR IPT SEMPENA MAJLIS PENERANGAN BLOG PELANCONGAN TERENGGANU 2010

Pada : 7 Jun 2010 (ISNIN)
Tempat : Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu

Sebarang pertanyaan sila hubungi Rita (019-6065740).

Wednesday, June 2, 2010

Jelajah Malaysia - Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010

Berita baik kepada mereka yang berada di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Perak.

Satu lawatan dan sesi penerangan kepada media mengenai pertandingan ini akan diadakan di sebuah hotel terpilih di Pulau Pinang pada 4 Jun 2010 (Jumaat). Bagi anda yang berminat untuk mendapat keterangan lanjut, anda adalah dijemput hadir ke majlis tersebut.

Tempat yang diadakan yang akan dimaklumkan dalam surat jemputan rasmi.

Kepada anda yang berhasrat untuk hadir ke majlis tersebut sila kirimkan e-mail: trgtourism@yahoo.com atau menelefon Rita (019-6065740).

Masjid Tengku Tengah Zaharah

  Masjid Tengku Tengah Zaharah atau yang lebih biasa disebut Masjid Terapung adalah reka bentuk unik yang dibina di atas platform terapung, ...