Saturday, December 5, 2015
Terengganu Kuatkuasa Larangan Pelepasan Air Kumbahan Di Pulau Peranginan
December 5, 2015
Kerajaan negeri sedang menguatkuasakan larangan pelepasan air kumbahan atau air limpahan terus ke pantai atau laut bagi memastikan tahap kebersihan dan kelestarian Pulau Perhentian sentiasa terjaga.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, individu atau pemilik yang didapati melakukan kesalahan itu boleh diambil tindakan di bawah seksyen 86(B) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (akta 133).
“Notis akan dikeluarkan dan penutupan premis akan dibuat sekiranya (pemilik) ingkar pada notis,” katanya menjawab soalan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN-Kuala Besut) pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Khamis lalu.
Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri turut menguatkuasakan syarat pembinaan tangki septik dan telaga resapan bagi pembuangan air kumbahan dan air limpah di pulau itu.
Menjawab soalan tambahan Tengku Zaihan mengenai perancangan jangka panjang untuk menaik taraf sistem kumbahan di pulau itu, Ahmad Razif berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan fasa 1 loji rawatan kumbahan dalam Rancangan Malaysia ke-10.
Beliau berkata melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, projek itu akan dibangunkan di Kampung Perhentian, Teluk Aur dan Pasir Panjang di Pulau Perhentian Kecil serta di kawasan tadahan Teluk Dalam dan Teluk Keke (KK), Pulau Perhentian Besar di tapak seluas 1.2078 hektar.
“Loji yang akan dibina kelak berkapasiti 4,000 (PE) akan dapat menampung hampir 70 peratus daripada keperluan penduduk di kawasan itu, manakala fasa seterusnya akan diteruskan dan peruntukan tambahan akan dipohon.
“Pelaksanaannya dikawal oleh Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) dan sehingga kini saya difahamkan, JPP dalam proses terakhir bagi terma rujukan dan dokumen tender bagi perlantikan perunding dan kontraktor,” katanya.
Selain Pulau Perhentian, kerajaan negeri juga akan melaksanakan sistem kumbahan berpusat di pulau pelancongan yang lain kecuali Pulau Kapas di Marang berdasarkan kapasiti penduduknya yang rendah dan tiada keperluan mendesak di pulau tersebut.
Ahmad Razif berkata sebuah syarikat dari Denmark juga berminat untuk membangunkan sistem kumbahan dengan teknologi terbaharu yang dapat menghasilkan gas untuk kegunaan lain yang akan dibangunkan pada tahun depan.
Tuesday, January 27, 2015
Hutan Dara Lipur Chemerong
January 27, 2015
Hutan Lipur Chemerong (HLC) terletak di kawasan hutan simpan Pasir raja, Dungun diliputi hutan dara kekal sebagai khazanah yang amat ternilai.
Pengunjung menggemarinya kerana pelbagai spesis flora dan fauna yang jarang ditemui di hutan lipur lain.
Di situ, terletak Gunung Berembun dan Air Terjun Langsir tercatat sebagai air terjun tertinggi di negara ini.
Penolong Pengarah (Hutan Lipur) Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Zuraida Zakaria, berkata HLC yang dimajukan pada 1993 mencatatkan peningkatan bilangan pengunjung setiap tahun.
Katanya, pada tahun lepas sahaja, pihaknya merekodkan hampir 50ribu pengunjung berbanding 45ribu tahun 2013. “individu yang datang bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan malah luar Negara, termasuk Jepun, Kanada, Eropah, Singapura dan China.
“Jika tiba musim cuti am dan cuti sekolah pengunjung akan bertambah sekali ganda “ katanya.
Pelbagai aktiviti boleh dilakukan antaranya mendaki, berkhemah, meredah hutan, berkelah, dan membuat kajian.
Setiap individu yang hadir direkod JPNT bertujuan mengetahui kemasukan bilangan pengunjung dan menjaga keselamatan.
Kebiasaannya setiap bulan, hampir 4000 hingga 8000 pengunjung beriadah ke destinasi menarik ini.
Menurutnya, beberapa pendekatan dilaksanakan pihaknya semata-mata ingin memulihara khazanah dan mengekalkan keindahan alam dihutan lipur ini.
“Kempen kebersihan dengan kerjasama pelbagai persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) dianjurkan tanpa mengikut jadual.
“Peserta seronok menyertainya kerana sambil mendaki, mereka boleh menjalankan kerja amal iaitu mengutip sampah sepanjang laluan itu,” katanya.
Pendekatan itu nyata member kesan positif kepada semua pihak terutamanya pendaki kerana sehingga kini , masih mampu mengecapi kesegaran alam semulajadi kerana bebas daripada pencemaran.
Menurutnya, jika pengunjung berminat mendaki Gunung Berembun, mereka perlu menempuh perjalanan hampir tiga hari du malam dengan melalui denai sejauh 7.6 km.
“Mereka tidak perlu risau atau bimbang kerana JPNT ada menyediakan pondok ‘Kem Y’ dan ‘Kem Balak’ sebagai alternative untuk beristirehat sebelum sampai ke puncak.
“Dalam perjalanan balik pula, pengunjung boleh singgah di Air Terjun Langsir yang mempunyai ketinggian 305m. Di lokasi itu, mereka boleh merasai kejernihan air yang belum dicemari mana-mana bahan buangan,” katanya.
Apa menariknya HLC adalah keindahan alam semulajadi yang begitu unik sehingga ada setengah pengunjung berulang kali datang ke lokasi ini dengan merancang pelbagai aktiviti.
Pengunjung boleh mengguna kenderaan sendiri atau mendapat perkhidmatan teksi untuk menuju ke HLC yang terletak kira-kira 30 kilometer (KM) dari Bandar Al Muktakafi Billah Shah dan 100Km jarak dari 100KM pusat Bandar Kuala Terengganu.
Antara kemudahan terdapat di HLC ialah pejabat, tapak perkhemahan, pondok rehat, surau, tandas, menara tijau, taman permainan kanak-kanak, dewan seberguna dan denai untuk ke Gunung Berembun.
Hutan lipur yang dibuka dari jam 7 pagi hingga 6 petang itu dikenakan bayaran RM5 seorang jika ingin menyertai kativiti mendaki gunung.

100 Peserta Bersaing Monsoon Cup Terengganu 2015
December 27, 2015
Kerajaan negeri meneruskan penganjuran Monsoon Cup di muara Sungai Terengganu, Pulau Duyong selepas ditangguh sejak dua tahun lalu.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata pertandingan perahu layar kategori tertutup dan terbuka peringkat negeri itu diadakan semula selepas lama ditangguhkan.
Katanya, walaupun bukan bertaraf antarabangsa, penganjuran itu mampu menarik lebih 100 penyertaan pelayar dari seluruh negara.
“Tujuan penganjuran bukannya untuk bersaing dengan kejohanan perahu layar peringkat antarabangsa yang diadakan di Johor Bahru, sebaliknya mahu merancakkan sektor pelancongan di negeri ini, terutamanya pada musim tengkujuh,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Monsoon Cup Terengganu 2015, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif Pesona Terengganu, Dato’ Mustafar Khalid
Katanya, langkah sama juga mampu memperkenalkan Terengganu kepada penonton secara lebih meluas melalui liputan media massa dan elektronik.
“Selain mampu menonjol persepsi sebenar suasana musim tengkujuh mengadakan program berprestij,” katanya.
Pelbagai aktiviti dianjurkan semata-mata mahu menarik minat pelancong dan menggalakkan pembabitan usahawan tempatan sepanjang program yang berlangsung selama lima hari yang berakhir 29 Disember ini.
Antaranya penjualan barangan tradisional, persembahan gamelan, demotransi permainan congkak, selambut, pertandingan kayak, perlumbaan simulator rowing, pertandingan fotografi, busking dan pertandingan mewarna.
Perasmian penutup dijangka disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Masjid Tengku Tengah Zaharah
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau yang lebih biasa disebut Masjid Terapung adalah reka bentuk unik yang dibina di atas platform terapung, ...
-
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau yang lebih biasa disebut Masjid Terapung adalah reka bentuk unik yang dibina di atas platform terapung, ...
-
A fascinating theatre of shadows and light where intricately carved puppets made of cow skin are used to act out stories of good and evil b...